Jumaat, 25 Julai 2008

baruku tahu... (karangan)

Akhirnya. Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Ghairah hatiku. Sudah lama aku telah beringi untuk memainkan permainan ini. Pernantian itu rasanya lama sekali. Akhirnya. Aku dapat mempelajari tentang permainan ini. Permainan yang bernama 'congkak' itu.

Sejak dulu lagi aku sudah berhajat untuk menjadi pemain khandal seperti kakak dan Kak Dila ku. Namun, pernantian itu hanya sementara. Pernantianku ini sudah tamat akhirnya dan kini sudah tiba masanya kakak menunaikan kata janjinya dulu, iaitu dia akan mengajarku bermain congkak apabila usiaku sudah matang. Kakak mula-mula memberitahuku tentang sejarah congkak.

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Asas permainan congkak? Mudah sahaja. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".


Peraturan permainan congkak ini juga aku mudah fahami. Pertama, dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Kedua, gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Ketiga, pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Keempat, sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Kelima, dan yang terakhir sekali, setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Aku pun mebncuba menangkap penerangan kakak. Banyak juga yang harusku ingat untuk memainkan permainan ini. Sudah puas kakak berbual, aku menyarankan bahawa kami mengadakan suatu perlawanan antara aku dan dia. Kakak menyahut cabaranku. Dalam lubuk fikiranku, aku memikir bahawa kakak sudah tentu akan menang. Tubuh badannya menyatakan keghairahan kakak untuk mengalahkanku. Sudah ternyata, bendera kemenangan terpacak tegak dalam hatinya.

"Adik menang! Yay!" Aku terpekik kegembiraan. Kemenangan ini diluar jangkaanku.

Iklim wajah kakak berubah. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa aku yang telah mengalahkannya.

"Tuah pemain permulaan!" kata kakak, sinis.

Dengan dahinya berkerut, sudah pasti kakak terpingah-pingah mencari jawapan akan bagaimana aku dapat mengalahkannya pada percubaan permainan congkakku yang pertama.

refleksi tentang permainan tradisional.

Permainan tradisional boleh dikatakan seronok, tetapi mengikut pendapat tersendiri. Untuk diri saya sendiri, saya agak permainan tradisional dapat lebih mengeratkan kaum Melayu. Ini adalah kerana mungkin dengan kerjasama kaum Melayu, kaum Melayu dapat disempurnakan dengan lancar. Ada yang mungkin tidak berpendapat yang sama ataupun berpendapat negatif. Rasa-rasanya seperti permainan-permainan tradisional ini telah mengukuhkan lagi semangat ''keMELAYUan''.

Adakah cara lain untuk menyatukan kaum Melayu dan mengeratkan mereka lagi? Kalau ada, apakah cara-caranya yang lain? Akankah cara-cara ini menjadi suatu sukses jika ia benar-benar dijalankan? Adakah cara-cara ini dapat mendidik anak-anak muda masa sekarang tentang kesejarahan Melayu? Adakah ia akan meninggalkan impak yang lebih berkesan pada anak muda kita tentang pandangan dan minat mereka mengetahui tentang sejarah Melayu? Pada hemah saya, permainan tradisional adalah salah satu isu yang harus ditekankan untuk anak-anak muda kita sekarang, daripada hanya mendedahkan mereka dalam permainan orang Barat seperti 'Monopoly' dan 'Uno' sahaja.

Khamis, 24 Julai 2008

wau??

"Yang herannya, mengapakah guru memberiku topik 'wau' ini? Apa yang seronok sangat tentang topik ini? Bukan ada apa informasi tentangnya di 'internet' pun. Buku tentang topik ini entah ada ke tidak." Hatiku berbisik rancak sambil bergeram kepada guru kerana memberiku topik yang aku sesungguhnya fikir, tidak relevan.

Semakin aku memikirkan tentang topik 'wau' itu, semakin aku hendak mencari buturan tentang topik itu dan menunjukkan guru bahawa tiada apapun yang dikenali sebagai 'wau' di alam maya ini. Tidak dapat menggawal perasaan 'mahukan kepuasanku', aku tekad untuk pergi ke perpustakaan sekolah.

Aku meletakkan begku di sebuah sudut lalu menanyakan kepada seorang pustakawan tentang buku-buku yang ada mengenai 'wau'. Terperanjat beruk aku apabila pustakawan itu menunjukkanku buku-buku mengenai 'wau' yang memenuhi hampir setengah rak buku. Ternyatanya. Aku silap.

Aku mengambil buku-buku itu satu demi satu lalu mengambil tahu tentang maklumat penting bagi permainan ini. Berikut adalah salah satu daripada apa yang dapat ku nyatakan melalui penerangan buku itu.

"Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding."

Isnin, 21 Julai 2008

batu seremban? apa itu?

"Pastikah anda semua tentang batu seremban?" tanya Cikgu Ernie kepada murid-muridnya.
Semua muridnya menggelengkan kepala. Ada yang pengetahuannya tentang batu seremban cetak sekali. Ada yang menggatakan bahawa batu seremban ini adalah permainan batu di seremban. Maklumlah, budak-budak lagi katakan. Baru sahaja mencecah peringkat pelajaran primari. Imaginasi mereka sudah tentu masih terawong-awong lagi. Belum matang. Tertawa sekejap aku apabila memerhatikan mereka dari sudut bilik darjah.

"Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan." Cikgu Ernie menerangkan murid-murid, dengan bantuan alat ITnya.


"Itu sahaja yang cikgu boleh terangkan tentang batu seremban. Maklumat lain, kamu harus cari sendiri menggunakan bahan apa-apa sahaja yang kamu ada. Bila sudah siap nanti, beritahu Cikgu, ya?" sambung Cikgu Ernie sambil tersenyum lebar.

Jumaat, 18 Julai 2008

gasing.

Berpusing-pusing aku melihat benda itu. Naik pening kepalaku. Aku menanyakan Syazwan tentang benda itu. Entah dari mana dia mendapat benda itu. Syazwan menerangkanku bahawa gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang ditentukan berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya ia semeter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing. Baru aku faham. Secara kebetulan, aku harus menyiapkan projek tentang permainan dahulu.
Boleh juga aku menggunakan informasi yang diberi Syazwan untuk menyelesaikan projek itu.

Selasa, 15 Julai 2008

refleksi tentang takraw.

Permainan bola raga, atau lebih dikenali sebagai takraw, adalah permainan yang menarik perhatian kaum Adam lebih daripada kaum Hawa. Mungkin permainan ini agak memenatkan, iaitu ia memerlukan stamina yang kuat untuk bermain permainan ini. Permainan takraw ini sama sahaja seperti permainan 'volleyball'. Bezanya adalah permainan 'volleyball' menggunakan banyak penggerakkan tangan yang pantas dan mengenakan sasaran, tetapi permainan takraw memerlukan penggerakkan kaki yang pantas dan mengenakan sasaran.

Rabu, 9 Julai 2008

takraw.

Puas aku melihat abang bermain. Asyik sungguh abang bermain bersama rakan-rakannya. Aku seorang sahaja budak perempuan, dikelilingi jejaka yang sedang sibuk bersorak sambil bermain takraw, tak silap aku. Bosannya aku. Kalau bukan kerana saranan abang untuk membawaku bersamanya melihat dia bermain takraw, aku takkan berada disini. Ibu telah membenarkan abang membawaku bersamanya kerana aku akan berseorangan pada petang itu dan ibu risau akan keselamatanku. Takkan aku tidak boleh menjaga diriku sendiri? Aku sudah matang, bukan?