Berpusing-pusing aku melihat benda itu. Naik pening kepalaku. Aku menanyakan Syazwan tentang benda itu. Entah dari mana dia mendapat benda itu. Syazwan menerangkanku bahawa gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang ditentukan berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya ia semeter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing. Baru aku faham. Secara kebetulan, aku harus menyiapkan projek tentang permainan dahulu. Boleh juga aku menggunakan informasi yang diberi Syazwan untuk menyelesaikan projek itu.
Jumaat, 18 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan