Jumaat, 25 Julai 2008

baruku tahu... (karangan)

Akhirnya. Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Ghairah hatiku. Sudah lama aku telah beringi untuk memainkan permainan ini. Pernantian itu rasanya lama sekali. Akhirnya. Aku dapat mempelajari tentang permainan ini. Permainan yang bernama 'congkak' itu.

Sejak dulu lagi aku sudah berhajat untuk menjadi pemain khandal seperti kakak dan Kak Dila ku. Namun, pernantian itu hanya sementara. Pernantianku ini sudah tamat akhirnya dan kini sudah tiba masanya kakak menunaikan kata janjinya dulu, iaitu dia akan mengajarku bermain congkak apabila usiaku sudah matang. Kakak mula-mula memberitahuku tentang sejarah congkak.

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Asas permainan congkak? Mudah sahaja. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".


Peraturan permainan congkak ini juga aku mudah fahami. Pertama, dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Kedua, gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Ketiga, pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Keempat, sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Kelima, dan yang terakhir sekali, setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Aku pun mebncuba menangkap penerangan kakak. Banyak juga yang harusku ingat untuk memainkan permainan ini. Sudah puas kakak berbual, aku menyarankan bahawa kami mengadakan suatu perlawanan antara aku dan dia. Kakak menyahut cabaranku. Dalam lubuk fikiranku, aku memikir bahawa kakak sudah tentu akan menang. Tubuh badannya menyatakan keghairahan kakak untuk mengalahkanku. Sudah ternyata, bendera kemenangan terpacak tegak dalam hatinya.

"Adik menang! Yay!" Aku terpekik kegembiraan. Kemenangan ini diluar jangkaanku.

Iklim wajah kakak berubah. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa aku yang telah mengalahkannya.

"Tuah pemain permulaan!" kata kakak, sinis.

Dengan dahinya berkerut, sudah pasti kakak terpingah-pingah mencari jawapan akan bagaimana aku dapat mengalahkannya pada percubaan permainan congkakku yang pertama.

Tiada ulasan: