Ahad, 6 Julai 2008
refleksi tentang congkak.
Pada pendapat saya, congkak adalah sesuatu permainan tradisional yang paling menyeronokkan. Ia bukan sahaja dimain oleh kaum wanita, namun kaum Adam juga memainnya. Permainan congkak dapat menpercepatkan daya upaya seseorang mengira, pada pandangan saya. Jika seseorang itu mahu menang, dia sudah tentu harus mengira dengan pantas untuk mencapai tahap kemenangan.
Isnin, 30 Jun 2008
cangkak? cungkak? congkak? CONGKAK!!
Sejak dulu lagi aku sudah melihat kakak bermain di rumah datuk. "Ketak,ketuk,ketak,ketuk." Sakit telingaku dibuatnya. Hendak tidur pun susah. Kakak selalu bermain dengan Kak Dila, saudaraku. Setiap kaliku bertanya kakak apa yang dimainkan, dia berkata bahawa dia akan mengajarku apabila aku besar nanti. Tungggulah aku...
Jumaat, 27 Jun 2008
permainan tradisional.
Terdapat pelbagai permainan tradisional pada adat kita. Ia mungkin permainan turun-menurun ataupun permainan yang telah menjadi kegemaran orang ramai pada masa dahulu. Permainan-permainan tradisional pada masa dahulu selalunya dibuat sendiri menggunakan keupayaan individu.
Adakah permainan-permainan tradisional ini masih dimainkan orang ramai??
Apakah ia benar bahawa permainan-permainan tradisional ini tidak lagi disukai orang ramai??
Mungkinkah sejarah Melayu akan pupus jika kanak-kanak atau remaja-remaja sekarang tidak didedahkan pada permainan tradisional??

Langgan:
Catatan (Atom)